25 January 2013

Keperluan bagi tanaman Kelapa Matag Hibrid

Kelapa Matag tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana pokok kelapa tidak mempunyai akar tunjang. Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan antara 1300 - 2300 mm/tahun. Suhu optimum bagi tanaman kelapa ialah 27`C - 30`C. Kawasan terlindung dan sentiasa mendapat tiupan angin yang kencang juga tidak sesuai untuk tanaman Kelapa Matag.

Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang 2000 jam/tahun dengan kelembapan relatif 80 - 90 % . Tanaman kelapa biasanya ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut. Tanaman kelapa pada ketinggian lebih 900 meter akan lambat membesar dan mengeluarkan hasil yang sedikit serta buah yang lebih kecil.

Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah di Malaysia. Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanaha yang agak rata, bersaliran baik, berstruktur lom berpasir dan subur. Kelapa Matag sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau double hedge row pattern. Jarak antara pokok yang disyorkan ialah 6m x 6m. Kepadatan optimum yang disyorkan adalah antara 180 -200 pokok sehektar. Saiz lubang berukuran 0.6m x 0.6m x0.6m perlu disediakan. 200gm baja fosfat dimasukkan ke dalam lubang dan digaul bersama tanah. Anak benih kelapa boleh mula ditanam selama 2 minggu. Anak pokok kelapa hendaklah disiram dengan air sebelum ditanam. Menanam anak pokok kelapa dilakukan dengan meletankkan anak pokok ke dalam lubang dan ditegakkan. Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan dipadatkan dengan memijak di sekeliling pangkal anak pokok kelapa.